nuffnang

CLICK HERE & JOIN DEAR :)

snow

Wednesday

Training shoes from ZALORA


Di mulakan dgn bismillah


SALAM SEMUA :)

Hai apa khabar semua ?
dah masuk bulan baru 
NOVEMBER ! 
tanpa sedar kita dah berada 
di penghujung-2 tahun dah 
kawan kawan ..
Alhamdulillah 
jerebu pun semakin kurang . 
------------------------------------
So entry kali ni berkenaan dengan 
'training shoes'


bagi kawan-kawan yang masih mencari
 kasut-kasut sukan dan barangan 
'Sportwear' yang lain utk di pakai 
-
--
---
ZALORA !
adalah jawapannya !!
Di Zalora terdapat pelbagai
'new arrival item'
dengan jenama-2 yg pelbagai,
dan harga yang berpatutan .

Ayuh apa tunggu lagi !


:::::::::::::::::::::::::::::::::





Sukan adalah antara cabang industri yang sering mendapat perhatian hampir di mana-mana sahaja. Malah hampir setiap negara pasti akan mempunyai industri sukannya sendiri yang mana meliputi kategori permainan atau aktiviti yang cukup meluas. Malaysia juga tidak ketinggalan malah sukan telah dianggap sebagai antara industri yang paling banyak diberi fokus oleh setiap pihak.


Perkembangan industri sukan di Malaysia telah memperlihatkan kesan positif yang sangat bagus kerana ianya menonjolkan tahap kesedaran betapa pentingnya hal kesihatan dalam masyarakat kita. Bagi penggemar sukan di negara ini untuk beriadah atau bermain permainan sukan amatlah mudah kerana terdapat banyak kawasan rekreasi atau tempat riadah yang disediakan bersama fasiliti yang berkualiti tinggi serta moden. Malah Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Kementerian Belia & Sukan sering mengadakan pelbagai aktiviti untuk menyemarakkan hobi bersukan dalam kalangan rakyat di negara ini.





Industri sukan kini semakin kompetitif dengan terdapat banyak pilihan koleksi produk sukan yang membanjiri pasaran. Jika anda sukan membuat senaman dan aktif dalam bersukan then you will be spoiled with choices. Antara koleksi produk sukan yang paling mendapat perhatian adalah kasut latihan ataupun training shoes. Training shoes menjadi antara pilihan yang paling popular dalam kalangan pencinta sukan.




Namun apa yang lebih menarik ialah koleksi training shoes online hadir dengan pilihan yang sangat menarik daripada segi rekaan. Banyak jenama sukan popular di luar sana yang membariskan training shoes yang stylish dalam koleksi mereka.  Training shoes terkini online yang anda boleh didapati menarik perhatian ramai kerana seleksi rekaan yang lebih fashionable berbanding sebelum ini.





Kini training shoes boleh digayakan secara kasual walau ke mana sahaja dan anda boleh tampil menarik sepanjang masa dengannya, all thanks to the designs of the training shoes! 

------------------------------
Ayuhh melawat ke page zalora utk menikmati pelbagai tawaran yang hebat!
Jangan lepaskan peluang anda !
Terima Kasih !
-SEKIAN-

Saturday

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI


Di mulakan dgn bismillah


SALAM SEMUA :)

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI TINGKATAN 5

MAKSUD RANGKAP

Rangkap 1: Penyajak berasa kesunyian kerana malam yang dilaluinya begitu sepi. Walau bagaimanapun, keadaan itu tetap tidak berubah pada keesokan harinya kerana tiada sesiapa yang dating untuk menziarahinya.

Rangkap 2: Keheningan tasik dan kehijauan rumput hanya sebagai bayangan lalu. Kini, cinta yang tersemai sejak di dalam Rahim telah dilupakan oleh anak-anaknya, iaitu daripada anak yang sulung hingga yang bongsu. Lantas, penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinya menderita sakit dan keseorangan.

Rangkap 3: Penyajak berasa bahawadirinya tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun demikian, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan supaya duka di hatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal selain tuhan. 

TEMA

Kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua.

PERSOALAN

1. Kesunyian hidup yang dirasai oleh seorang tua.
2. Kasih sayang ibu kepada anak.
3. Pengorbanan ibu bapa kepada anaknya.
4. Harapan ibu bapa kepada anaknya.
5. Penderitaan ibu bapa yang diabaikan.
6. Nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anaknya.
7. Hidup dan mati ketentuan Tuhan.

GAYA BAHASA

1.       Personafikasi: Malam sepi
                        Semoga disirami benih keinsafan
                        Menjadi penawar dalam hati

2.       Simile: Bagai kalung

3.       Sinkope:Yang melingkari leherku
               Siapa yang akan datang menjengukku
               Kucari erti hidup
               Anakku bakaku

4.       Anafora: Dari sulung ditendang ke bongsu
                Dari angah ditendang ke sulung balik

                Ada yang mati
                Ada yang hidup

5.       Metafora: Keheningan tasik
                       Kehijauan rumput

BENTUK SAJAK

1. Bebas dan tidak terikat
2. Terdiri daripada tiga rangkap
3. Bilangan baris: tidak sama,
rangkap 1: tujuh baris
rangkap 2: sepluh baris 
rangkap 3: sebelas baris
4. Jumlah patah kata: tidak sama, iaitu anatar dua hingga enam patah perkataan dalam satu baris
5. Jumlah suku kata: empat hingga tiga belas suku kata
6. Rima akhir rangkap 1: aabcaca
rangkap 2: abccdeafgh
rangkap 3: aabacdefdgc

NILAI 

1. Keinsafan 
2. Kasih saying
3. Ketabahan
4. Bertanggungjawab

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan Tuhan sahaja yang kekal.
2. Ibu bapa mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan anak-anak mendapat berkat.
3. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa.
4. Ibu bapa hendaklah sentiasa bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya mereka memperolehi keredaan ibu bapa menerusi doa dan restu.