nuffnang

CLICK HERE & JOIN DEAR :)

snow

Wednesday

My Favourite Korean drama

Assalamualaikum & Hye! 


Okay since sekarang musim cuti sekolah.. mesti yang tengah bosan tak tahu nak buat apa kann? Meh sini nak suggestkan a few Kdrama yg best untuk korang tengok.. Act aku bukanlah minat sgt KPOP ni.. tapi klu bab drama aku boleh terima lagi.. Tak minat Kpop pun tapi minat Running Man sangat2! boleh dikatakan semua episod RM aku tengok kodd? tapi since nak SPM aku pun dah stop tengok dan pasal berita Jihyo dengan JongKook pun nak keluar lepas Gary aku tak rasa RM akan seBest dan sekelakar dahulu dan rasanya aku pun akan stop tengok RM *cedih kod!* huhu! kalau tanya pasal artis Korea kat aku pun bukan tahu sangat pun selain ahli RM kehkehkeh. 

Berbalik kepada Kdrama yg aku nak suggestkan ke korang, ni antara yg aku rasa tak menyesal la kalau korang tengok.. Favourite! sebab cerita korea ni je yang aku penah layan sepanjang hidup aku kahkahkah! sedih en? tak sampai soploh drama pun haa... Disebabkan tu aku akan pastikan yg aku tak akan menyesal tengok dan korang pun hehe.. Yang pasti cerita ni fun dan tak bosan macam genre romantik komedi ke. Kat bawah ni aku sertakan sekali dengan sinopsis ringkas bagi setiap drama ok..  Enjoy! 



TO THE BEAUTIFUL YOU

 

My first Kdrama everrrrrr... hahaha yess! ni kdrama yg memula aku tengok. waktu ni aku form2 *2012* kodd haha! 

 Sinopsis ringkas: 
Goo Jae-hee (Choi Jin-ri) adalah seorang gadis Korea yang tinggal di Amerika Syarikat tertarik kepada salah seorang ahli sukan lompat tinggi, Kang Tae-joon (Choi Minho). Dia mula meminati atlet muda ini dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpindah ke Korea untuk memasuki ke sekolah yang sama dengan Tae-joon. Bagaimanapun: Tae-joon bersekolah di sekolah semua lelaki. Oleh itu, Jae-hee memotong rambutnnya dan memakai pakaian lelaki untuk menyamar dan menyembunyikan dirinya sebagai seorang perempuan untuk memasuki ke sekolah tersebut.




MASTER SUN

 

Sinopsis ringkas: 
Beberapa tahun lalu Kong-Sil (Kong Hyo-Jin) telah terlibat dalam kemalangan. Sejak kejadian itu, Kong-Sil mampu untuk melihat dan mendengar hantu. Dia juga terkejut melihat hantu yang sentiasa muncul di sekelilingnya. Oleh kerana itu, dia tidak dapat menjalani kehidupan yang normal. Joong-Won berfikir bahawa dia mungkin gila,  Beliau mendapati bahawa setiap kali dia menyentuh dia dan hantu di sekelilingnya hilang. 




THE BIRTH OF BEAUTY

 

Sinopsis ringkas: 
Berat badan berlebihan, baik hati Sa Geum-ran (Ha Jae-sook) berkahwin dengan suaminya Lee Kang-joon (Jung Gyu-woon) yang telah menghabiskan tujuh tahun yang lalu di Amerika Syarikat beliau untuk perniagaan, Geum-ran mendapat tahu bahawa Kang-joon telah kembali ke rumah tanpa memberitahu beliau, bukan itu sahaja tetapi telah mempunyai hubungan sulit dengan  Gyo Chae-yeon (Wang Ji-hye), Geum-ran  dia kemudian telah dilanggar oleh sebuah kereta dan terhempas dari tebing dan semua orang menganggap bahawa Geum-ran telah mati. Untuk membalas dendam terhadap mereka yang telah dianiaya dan mengkhianati beliau, Geum-ran menemui Han Tae-hee (Joo Sang-wook), yang dia fikir adalah pakar bedah plastik untuk mengubah dia. Selepas penurunan berat badan dan pembedahan, Geum-ran muncul  sebagai seorang wanita yang cantik dan menarik dan dia mula memanggil dirinya dengan nama yang baru Sara (Han Ye-seul),



OH MY VENUS

 

Sinopsis ringkas: 
Kim Young-ho, juga dikenali sebagai John Kim, adalah pelatih peribadi kepada bintang Hollywood, kerana rasa takut akan ayah dan belas kasihannya untuk neneknya dia melarikan diri kembali ke Korea. Kang Joo-Eun pula pernah menjadi kegilaan ramai pada zaman remajanya kerana terkenal dengan memiliki wajah yang cantik dan dicemburui oleh rakan-rakannya. Sekarang dia seorang peguam berusia 33 tahun dan memiliki berat badan yang berlebihan. Setelah dibuang oleh teman lelakinya, Im Woo Shik, Kang Joo Eun mengugut dan meyakinkan John Kim untuk membantu beliau menurunkan berat badan. 




THE LEGEND OF THE BLUE SEA

   

Sinopsis ringkas: 
 Bagaimana seorang duyung dari era Joseon boleh hidup di zaman moden Seoul? Shim Chung adalah ikan duyung yang mendapati dirinya dilahirkan ke zaman moden. Dia ditangkap oleh Heo Joon Jae, anak seorang bangsawan dari Dinasti Joseon. Tetapi pada masa kini, Joon Jae bekerja dengan Jo Nam Doo, yang mahir memberi petunjuk dan Joon Jae merupakan seorang scammer dan Cha Shi Ah sebagai seorang penyelidik di KAIST, mungkin satu-satunya harapan Shim Chung untuk menyiasat yang masih hidup dalam dunia yang pelik barunya. 



 GOBLIN


   


Sinopsis ringkas: 
Kim Shin (Goblin), Kim Shin telah menunggu 900 tahun untuk pengantin manusia bagi menamatkan kehidupannya di dunia. Pada suatu malam, dia menyelamatkan wanita hamil (Park Hee-Von) yang ditakdirkan untuk mati. Sementara itu, malaikat maut (Lee Dong-Wook) tidak dapat mencari wanita hamil yang mati. Wanita itu melahirkan seorang bayi perempuan bernama Ji Eun-Tak (kemudian dimainkan oleh Kim Go-Eun). Ji Eun-Tak adalah seorang pelajar sekolah tinggi dan dia boleh melihat hantu dan mendengar bisikan mereka. Pada hari jadinya, Ji Eun-Tak duduk di tepi laut sambil meniup kek hari jadinya itu dan tiba-tiba Kim Shin muncul di hadapan beliau. Kim Shin tidak tahu mengapa, tetapi dia boleh mendengar suaranya dan muncul di hadapan beliau setiap kali dia meniup api.

Dua drama kat atas ni memang tengah hot sekarang and so far so good memandangkan citer ni pun belum habis tayang lagi so aku tak boleh komen banyak2 huhu..   

Macam aku cakap aku takdelah gemar sangat nak tengok Kdrama ni but once bila aku dah tengok dan citer tu best gilerr aku memang takkan stop! kalau boleh satu hari tu memang aku akan habiskan jugak the whole episod! Haa ni pun salah satu sebab kenapa aku tak nak tengok cite Korea sebab memang satu kije pun takkan jalan bila aku dah layan satu2 citer tu. harhar! Kalau malas sangat nak google tengok je kat youtube ok?
Ok tu jelah kodd untuk kalini.. korang yang mana memang kaki Kdrama tu jangan lupa tengok tau! 

P/s: Sape dah pernah tengok semua citer kat atas ni? *angkat tangan* Best tak? ada citer yang lagi best? Tinggalkan komen korang ok? 


xoxo,
AnisAtyra

Tuesday

5VT In memories..

Assalamualaikum & Hye!



Terasa macam lama sangat tak menulis dekat blog since tahun ni memang sibuk sangat sangat dengan SPM.

Alhamdulillah! sujud syukur! semalam 5.12 (isnin) dah berakhir dengan paper ICT dan secara tak langsung sebagai seorang pelajar sekolah. So harini bangun-bangun dari tidur aje terasa macam pelik sebab selalunya sebelum ni boleh dikatakan tiap-tiap hari pegi kelas. Macam tak percaya wehh bila dah habis sekolah.  Kejap je rasa haa tuptup dah habis sekolah..Rasa seronok pun ada sedih pun ada huhu..


Sebelum SPM haritu dalam kepala ni ada macam2 plan nak buat apa lepasni.. kononnya nak gunakan masa yg ada ni dengan benda yg berfaedah la.. tapi bila dah habis taktahu pulak nak buat apa.. haha.. nak cari pengalaman bekerja sementara nak tunggu result ni kann.. Haa yg ni serius macam tak percaya! hahaha! tak habis2 cakap dekat mak yg badan org ni kecik cam budak sekolah rendah so orang takkan ambik kerja hahaha! InsyaAllah dalam perancangan, tapi bukan dalam bulan ni..

Entri kali ni maybe nak cerita sikit pasal classmates ni sepanjang tahun ni kod? Dengan tujuan nanti kalau rindu boleh baca utk diri sendiri hehe.

Bila throwback cerita waktu mula2 f4 nak pilih kelas lagi lawak... Haihh.. Memula tu aku dapat kelas Akaun.. tapi 2 bulan ajee. lepastu rombak kelas dan aku ditukarkan ke kelas VT.. Tak sangka dengan kenangan yg bermula dengan classmates ni.. sangat best okayy!!

 Ok ni pelajar putera puteri 5VT BATCH 99


 
barisan atas dari kanan; syafiq, farhan g. bad rashid, bad taib, hasnan, caap, acap, farhan yusop, aiman
barisan kedua dari kanan: anis atira, aida, wawa, syaima, farah, izzah, malissa, syima, atiqah. nabila, syafiqah, fariha. haziqah
barisan ketiga(duduk): athirah. yana. raihan. farahin. azra. cikgu azuana (guru kelas) alip. syazwani. wane.aliah. anis syafinaz

ni haa keadaan kelas 5vt *kelas eko*
 

Bacaan Yassin pagi Jumaat *kelas sejarah*


PSS


Mini theater
 


waktu berbuka puasa *sory kualiti gambar tak elok*


Kelas PD




Cikgu Jun *cikgu bm*




Cikgu Harlina *cikgu sejarah*



cikgu Shaadah *cikgu sains*


Cikgu ayu lanje coconut shake


  Jamuan kelas (4.12 ahad)
   


Nak cerita pasal jamuan kelas.. Last minute planning.. esok nak buat malam ni baru confirm dgn kedai.. mahu tak rushing, dengan esok tu paper last ict.. so disebabkan tu ramai cikgu yang tak dapat hadir.. yang ada pun *gambr pertama* ustzh Nisha *duduk belah kanan*  dgn cikgu azuana je.. *tudung merah buat peace*

Ohh Ohhhhh dan yg paling best tahun ni.... Kelas kitaorang masuk TV!!! Wohooo! Adela intrepremm sikit dalam Trek Selebriti program Astro waktu episod Syatilla Melvin datang melawat bekas sekolahnye pun.. yezza dulu Syatilla Melvin sekolah dekat sini.. Tu pun sebab Syatilla ada masuk kelas kitaorang ckp hyehyebyebye sikit. hehe.. Sape tengok?! Takde gambar nak tunjuk sebab dah google episod tu tapi tak jumpa tskk tskk!

So ini je la yg dapat share. Kalau nak share semua mmg tak lah yee memandangkan gambar banyak gila! So utk tatapan diri sendiri jela.. **Gambar mmg ambil direct dari fon.. tak edit lgsg kat laptop**

Terus terang cakap ni classmates yang paling best namatey! bukan nak reka cerita ataupun nak sedapkan hati.. tapi Semua cikgu kami yg mengajar kelas kami pun cakap benda yang sama. Tak bosan bila mengajar, yang selalu semangat, yang selalu bising, yang selalu buat lucu hahaha *taktiputau!*

Ni gambar lepas keluar dewan lepas jawab paper ICT..




Ni scene kena sembuq ayaq! Hahahaha!



Congrats geng! sebab dah berjaya jawab 9 subjek dengan jayanya!

Harap tahun depan ramai antara classmates kelas kita dapat naik pentas sama2 ambik result yg cemerlang! Amin!

Last but not least, Terima kasih SMKPBG untuk 5 tahun penuh makna! Yang banyak mengajar erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah.. *Teringat waktu mula2 nak pilih sekolah menengah dulu, aku paling taknak masuk sekolah ni hahaha!*

**Harap tak ada antara pembaca ni terdiri dari budak kelas 5vt hahaha**

Ok yang itu aje kott yang nak share dgn korang! Bye!

xoxo,
AnisAtyra

 

Wednesday

BIODATA PENUH MIRA FILZAH


Profil Ringkas Mira Filzah





  • Nama Sebenar: Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman
  • Nama Popular: Mira Filzah
  • Umur: 23 Tahun (2016)
  • Tarikh Lahir: 2 April 1993
  • Asal: Bangi Selangor
  • Kelahiran: Ipoh Perak
  • Pendidikan: Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak 
  • Alam Pekerjaan Terkini: Pelakon, Pengacara, Blogger, Model 
  •  Drama yang dibintangi: Dahlia (2013) Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2015-2016) Lakonan TelefilemDin Sardin (2015), Abang Haji (2015), Abang Beduk (2015), Nasi Dagang Lembu Korban (2015)
  • Akaun Laman Sosial Instagram: /https://www.instagram.com/mfmirafilzah/
  • Akaun Laman Sosial Twitter: https://twitter.com/MFMiraFilzah
  • Akaun Laman Sosial Facebook: https://www.facebook.com/MFmirafilzah
  • Akaun Laman Sosial Youtubehttps://www.youtube.com/c/mfmirafilzah

Trek selebriti Mira Filzah



OK DAA!!




Pautan Sumber Asal » mysumber.com, https://www.youtube.com/watch?v=3wQxVUg-IuI


Riang Ria Raya Bersama Lazada Malaysia!


Di mulakan dgn bismillah


Pada yang tengah duduk sesambil online... yang tengah pening memikirkan persiapan raya.. yang tengah baru lepas buat kuih raya.. yang nak shopping raya... yang tengah taktahu nak buat apa... dan pada semua pembaca blog ni!

Assalamualaikum & hye semua!
Haa macam mana puasa? okayy? puasa ke tidak ni? ehekk!
Pejam celik pejam celik ada lagi 2 minggu lagi nak menyambut Syawal, mesti korang sume tengah sibuk dengan persiapan raya kan? Ada yang masih tak tahu nak beli persiapan raya kat mana ke? Haa meh sini Anis nak bagitau. Sekarang ni Lazada tengah mengadakan Jualan Mega Raya! Dimana dorang menawarkan harga yang super super best!! Haa jadi rugilah pada siapa yang tak shopping barang raya korang kat Lazada.

Lazada sedang mengadakan jualan hari raya besar-besaran. Korang boleh shopping pada 21-24 hb ini kerana Lazada akan menawarkan diskaun sehingga 92%. Boleh check link ini :
http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/




Anis yakin bila korang tengok je barang-barang dekat Lazada konfem rambang mata dan tak tahu mana nak pilih! Sebab semuanya best-best dengan potongan harga yang sangat-sangat lumayan! Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ni,

So kalau diberi peluang berbelanja buat ahli keluarga yang lain dengan budget RM500 je kat tangan, Anis harap dapatlah beraya sakan bersama ahli keluarga tersayang dengan barang-barang di bawah dari Lazada ni dengan ber-budgetkan RM500 sahaja! Ulang ye RM500! cukup ke nak beli persiapan raya buat keluarga yang lain dengan RM500 je? Haa tak percaya? Meh tengok,


**CLICk PADA GAMBAR UNTUK DETAILS/KE LINK GAMBAR**



High Quality Non-Stick Cooking Pot 32cm Star Frying Pan



Untuk mak yang suka sangat memasak dan tak jemu² memasak walaupun memang seorang tukang masak... haa dgn adanya ni lebih mudah ler untuk mak memasak. Tambah² waktu raya nanti mesti kalut kan nak masak itu ini. Tak ade lah lepas masak tu nanti susah² nak kena gonyoh periuk macam yang mak selalu buat tu hehe. Kerja memasak pun lagi cepat! Mana tahu lepas ni masakan mak bertambah sedap lagi ke. Yang penting lepas ni takpayah dah guna bayak sangat minyak, makanan pun bertambah sihat! Lagipun mak memang ada cakap yang mak nak sangat2 frying pan ni. Mak mesti happy gile ni kalau dapat, tetambah lagi bila tahu aku yang belikan! hihihi!



Inflatable Single Seater Air Sofa + Foot Rest




Untuk ayah yang selalu penat lepas balik kije dan memang sentiasa penat... harap lepas ni dah tak penat la sebab dah ada sofa ni. Boleh lah ayah duduk rehat² atas sofa ni. Tambah² lagi waktu raya nanti mesti lagi penat kan, di samping tetamu yang datang beraya jauh² mesti penat jugak kan? Haa boleh lah tumpang sekaki! Tak gitu! Hehe.




Yunteng YT-1288 Selfie Monopod + YT-228 Mini Tripod Stand (Set)


Untuk abang-abangku pulak.. yang sentiasa jadi tukang ambil gambar waktu hari raya lelebih lagi kt kampung nanti, haa dah tak ade la masalah muka korang takde dalam gambar sebab korang yang selalu ambilkan gambar family. Tak adelah susah² nak adjust angle gambar ke nanti. Konfem purfect! Lagipun korang pun mestilah nak gambar yang cantik waktu raya untuk dijadikan kenangan waktu raya nanti kan? Dengan monopod ni korang boleh lah bergambar sakan dengan family korang! Yippie! *termasuk aku yang kaki selfie ni. hehe!




3 PACK Geneva Silver Gold and Rose Gold Plated Classic Round Ladies Watch


Dan yang terakhir untuk kakak aku yang seorang penggemar jam tangan, dan tak habis² tukar jam... haa ni satu untuk ngko! 3in1 lagi gaiss! Dimana korang akan dapat 3 utas jam tangan di atas ni dengan satu harga! Haa berbaloi-baloi! Cecantik lak tu! Boleh la kakak aku ni melaram waktu raya nanti dengan 3 jenis jam yang berbeza ni! Leh tukor tukor. Tak adelah bosan dengan satu jenis jam je. Curlasss ngko nanti!


Total untuk semua harga barang kat atas ni:
RM38+RM99+RM75.65+RM26.60 = RM239.25



Ya Allah korang murah gile! Tak sampai pun RM500! Bukan takat dapat beli barang-barang ni kat family, dapat gembirakan lagi hati dorang adalah! Haa yang balance tu nanti boleh la bagi duit raya kat budak2 kan? Tak pun boleh penuhkan kehendak korang dengan shopping dekat Lazada ni! kikiki! Pada korang yang tak shopping raya lagi, baik korang cecepat capcupcas pergi shopping kat Lazada! Rugi uolss kalau lepaskan peluang ni!

Memula tu pening jugak nak pilih barang, nak beli apa eh untuk dorang? cukup ke dengan hanya RM500 ni? Macam mana kalau tak cukup? Kalau boleh Anis nak rembat je sume yang ada kat Lazada ni haaa! Okayy kalau nak cite bebanyak pun belum tentu habis lagi ni haa.. so apa kata korang gi usya sendiri dekat Lazada! Takkan nak tengok je kod? Beputih mata la korang kalau duduk tengok saje, hewhew

Meriahnya raya bersama LAZADA!


Sempena jualan besar-besaran tu, Lazada dengan baik hati organize 1 contest simple untuk blogger and 10 blogger bertuah akan memenangi salah satu hadiah berikut :

1 X Fujifilm Instax mini 8 camera Bundle (5 winners)
1 X Fujifilm Instax mini 25 camera Bundle (5 winners)



http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Wish me luck!
Thankyou,



Sunday

Giveway Shawl Raya by Aryana Couture

Di mulakan dgn bismillah


SALAM SEMUA :)



**CLICK BANNER UNTUK JOIN**

Tag:
http://cikash.blogspot.com
http://madihahdaisy.blogspot.my
www.cahayapermata.my

♥ Due date : 25 June 2016 (Ahad)

Friday

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016


Di mulakan dgn bismillah


SALAM SEMUA :)




Korang mesti pernah dengar pasal www.nile.com.my kan? Haa meh nak bagitahu yang sekarang ni Nile.com tengah buat Jualan Raya Meletop 2016. So, yang mana tengah cari keperluan raya dengan harga yang sangat murah! Nanti boleh la gi usya sana ye. Rugi tau kalau korang lepaskan peluang ni. Di samping tu, sekarang pihak nile.com jugak tengah adakan Giveaway untuk para blogger di mana korang jugak berpeluang utk memenangi wang tunai sebanyak RM1000! mana tahu rezeki kan, leh dapat duit raya nanti. hehe. So, kat bawah ni antara barang-barang yang anis nak sangat-sangat utk raya nanti!

5 items daripada "Jualan Raya Meletop 2016" yang korang nak sangat-sangat daripada nile.com.my

                                                              Korean Style Long Blouse
Product: Korean Style Long Blouse
JLM2016 Sales price: RM14.90
Date: 23/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only


Fashion 6-in-1 Women Bag


ProductFashion 6-in-1 Women Bag
JLM2016 Sales price: RM42.90
Date: 20/06/2016
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


Shinny Surface Woman Flats

Product: Shinny Surface Woman Flats
JLM2016 Sales price: RM11.90
Date: 29/06/2016
Time Start:11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only

Woman Leisure Flats

ProductWoman Leisure Flats
JLM2016 Sales price: RM16.00
Date: 29/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only

Crocodile Stripe 6-in-1 Women Bag


Product: "Crocodile Stripe 6-in-1 Women Bag"
JLM2016 Sales price: RM37.30
Date: 16/06/2016
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity 
Limited Quantity: 400 units only 

Closing Date for the blog entry application is 30/06/2016, 11.59pm. The lucky draw will use random draw with this website. Result will be posted in this page at 4.30pm 04/07/2016. Lucky winner will be contacted via email to claim the duit raya. GOOD LUCK :)




Wednesday

Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin


Di mulakan dgn bismillah


SALAM SEMUA :)

Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak,  dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 







GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 





Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin



Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016


Di mulakan dgn bismillah


SALAM SEMUA :)

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN GIVEAWAY

Hye hye salam perkenalan . 
Kami adik beradik Ema & Lisa ingin mengucapkan SALAM SAYANG salam Ramadhan . Blog VetoVirago sudah pun 1 tahun 4 bulan tetapi ni first time kami buat giveaway , dengan harapan agar semua bloggerian senyum selalu dan happy-happy ajerrr ...


Hadiah yang ditawarkan untuk
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016
ini adalah :- jengg , jengg , jenggg !!!

untuk pemenang bertuah (dipilih oleh adik kembar kami yg berusia 9 tahun) :
  • 1 x T-shirt Exclusive Sabun Sejuk Sedap berharga RM 58

dan +10 hadiah menarik yg lain , iaitu :
  • 2 x Sabun Sejuk Sedap berharga RM 35 
  • 2 x Sampul Duit Raya Sabun Sejuk Sedap
  • 2 x Tapak iklan di Top Sponsor Blog selama sebulan
  • 2 x Duit Raya RM 5 / boleh tukar ke topup
  • 2 x Beg Tote Bercorak - tinggi 44cm x lebar 37cm
(boleh pilih design kegemaran)



Tarikh Mula :15.06.16 *Rabu
Tamat : 30.06.16 11.59 mlm *Khamis
Tarikh keputusan diumumkan pada :
02.07.16 *Sabtu

*****************
Terima kasih kerana sudi menyertai 
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016 . 
Semoga anda bertuah dan berjaya ;)
 
*****************

Senarai peserta di SINI [tekan sini]


P/S: ni acc sye ye
fb: tieraa mushie
ig:by_double_a