nuffnang

CLICK HERE & JOIN DEAR :)

snow

Friday

Ramai wanita yang 'perasan' cute ?

Di mulakan dgn bismillah ..


SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::

Dari tajuk saja dah tahu apa yg aku nak bebelkan.
Dunia hari ini agak mudah untuk mengenali manusia seluruh dunia. Dunia dah maju. Kalau dulu ye la. Sekarang ni, bukan takat Facebook, Instagram ade, Twitter ade, macam2 lagi lahh ade. Internet di hujung jarii saja yawhhh! Bak kata hotlink, Internet tanpa sepadan gituhh.
Sometimes, perempuan jugak tak dapat elakkan perasaan yg begini tanpa disedari. Takk gituhh ? HAHA.

Cuma, aku mula rasa ingin muntah bila melihat anak-anak gadis kita yang perasaan dirinya terlampau 'cute' ni. Lebih-lebih lagi yang tak tutup aurat nih. Ada jugak yg tutup auratnya, manis bertudung. Tapi, dok buat memek-memek muka yg merasakan diri nya itu 'cute'. Tak malu kea ? Even, awak tu 'HOTSTUFF'. Hotstuff ke tidak, bukan kelebihan untuk awak menguasai sesuatu tuu. Bukan awak sorang jea yg ada FB, Instagram, twitter & etc. *Ko pikit ko sorang jea yg hadooo? Likers nya beribu raban. Tapi, awak kena tahu jugak batas-batasnya. Kita ni dalam social web. Semua boleh nengok apa yang kita buat wehhh O.o

Bila ditegur, mulalah kata "jangan jaga tepi kain orang", "ini peribadi saya.. You apa sebokk", "I tahu apa yang I buat..", "ni facebook I, kalau tak suka boleh blah.." n bla bla bla...

Manis tak ayat anak dara kalau macam ni? Bukan sekadar tak manis, bahkan meloyakan tekak.. kalau bising lagi, boleh muntah..

Huh, gadis juga perlu faham yang ramai lelaki dok meluat tengak gaya diorang yang tegedik-gedik dalam laman sosial tu. Bukan semua yg sukakan kita. Kadang tuu ada yg tak jujur bila dia mmberi komen pada gambar kita. kita bukan tahu. Haha

Aku cuma nak mengingatkan kepada para wanita supaya menjaga kehormatan mereka. Ramai yang ingin menonjolkan diri mereka di dalam laman sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter & etc.

Ramainya wanita yang 'perasan' kiut di laman sosial, rasa diri begitu cantik dan anggun.. perasan muka macam artis korea, sambil berkata dalam hati, "Oh cantiknya aku.."

Kemudian post gambar yang 'tergedik-gedik' dengan pelbagai gaya.
Entahlah, mana perginya kehormatan dan sifat malu sebagai wanita.

Wanita sekalian perlu faham,
bahawa ramai juga lelaki yang 'meluat' apabila melihat gaya kalian yang mengada-ngada, gedik-gedik dalam facebook dan seangkatan dengannya .

Tak percaya, cuba tanya lelaki.

Cuba jadikan benda2 yg macam tu lebih bermanfaat dan boleh membuahkan hasil. Aku nasihatkan ni kat diri ak jugak supaya tak jadi begini. *HarHar

Sekian,

Wednesday

CARA MALAIKAT IZRAIL MENCABUT NYAWA

Di mulakan dgn bismillah ..


SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::

Cara malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari 'amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu derhaka kepada Allah SWT, maka malaikat izrail mencabut nyawanya dengan kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sekiranya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipancung pedang".
(HR.Ibnu Abu Dunya)

Di dalam kisah Nabi Idris AS., beliau adalah seorang ahli 'ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berdzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan Nabi Idris AS yang sangat menarik perhatian malaikat maut (Izrail). Maka bermohonlah Ia kepada Allah SWT, agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris AS didunia. Allah SWT,mengabulkan permohonan malaikat Izrail, maka turunlah ia kedunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertemu kerumah Nabi Idris AS.

"Assalamu'alaikum, ya Nabi Allah". salam malaikat Izrail.

"Wa'alaikum salam wa rahmatullah" jawab Nabi Idris AS.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahawa lelaki yang berkunjung kerumahnya itu adalah malaikat Izrail. Seperti tamu yang lain, Nabi Idris AS melayani malaikat Izrail, dan ketika tiba sa'at berbuka puasa, Nabi Idris AS mengajaknya buka bersama, namun ditolaknya oleh malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya mengkhususkan waktunya "menghadap" Allah SWT sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Ketika Nabi Idris AS terus menerus berdzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris AS mengajak jalan-jalan "tamunya" itu kesebuah perkebunan dimana pohon-pohonnya sedang berbuah.

"Izinkan saya untuk memetik buah-buahan ini untuk kita" pinta malaikat Izrail (menguji Nabi Idris AS).

"Subhanallah", kata Nabi Idris AS.

"kenapa?" Malaikat Izrail berpura-pura terkejut.

"Buah-buahan ini bukan milik kita" ungkap kata Nabi Idris AS.
kemudian beliau berkata: "Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".

Malaikat Izrail tidak menjawab. Beliau serba tak kena dengan tamunya itu, kemudian Nabi Idris AS bertanya: "Siapakah engkau sebenarnya?"

"Aku malaikat Izrail" jawab malaikat Izrail.

Nabi Idris AS terkejut, hampir tidak percaya seketika tubuhnya bergeter tidak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku?" tanya Nabi Idris AS dengan serius.

"Tidak" senyum malaikat Izrail penuh hormat.

"Atas izin Allah, aku sekedar berziarah kepadamu" jawab malaikat Izrail.

Nabi Idris AS kehairanan, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam.

"Aku mempunyai keinginan kepadamu" tutur Nabi Idris AS.

"Apa itu? katakanlah!" jawab malaikat Izrail.

"Ku mohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang, lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkan ku kembali, agar bertambah rasa takutku kepadaNya dan meningkatkan 'amal 'ibadahku." pinta Nabi Idris AS.

"Tanpa seizin Allah SWT, aku tak dapat melakukannya." tolak malaikat Izrail.

Pada sa'at itu pula Allah SWT memerintahkan malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris AS. Dengan izin Allah SWT malaikat Izrail segera mencabut nyawa beliau, sesudah itu beliau wafat. Malaikat Izrail pun menangis, mohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris AS kembali. Allah SWT mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah SWT, Nabi Idris AS hidup kembali.

"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku?" tanya malaikat Izrail.

"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup yang dikuliti" jawab Nabi Idris AS.

"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". kata malaikat Izrail.

MA SYAA ALLAH, lemah lembutnya malaikat maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris AS....
Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita???
Siapkah kita untuk menghadapinya?

"Orang yg cerdas adalah orang yg mengingat kematian. Kerana dengan
kecerdasanya dia akan mempersiapkan segala perbekalan untuk menghadapinya"

Rasulullah S.A.W. Bersabda.:
"Yang mengikuti orang mati itu ada tiga, keluarganya, hartanya dan
'Amalnya. Yang kedua kembali dan yang satu tetap (menyertainya).
keluarga dan hartanya kembali dan yang tetap menyertainya adalah 'AMALnya."
(HR.BUKHARI-MUSLIM)

...SEMOGA BERMANFA'AT...

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Ilmu adalah amanat Allah yang harus disampaikan. Kekeliruan tidak lebih daripada kebodohan saya sebagai penyampai, keampunan Allah Maha Luas...

●●●šάℓάм šάйтϋй đάяį šάчά ϋйтϋк άйđά šємϋά●●●

Kadang hati tak seputih kapas,
Tutur kata tak seindah pelangi,
Dan sikapku tak seelok mawar,
Izinkan aku tuk mohon ma'af lahir bathin atas segala kesalahan...

keselamatan,rahmat dan keberkahan Allah, semoga tercurahkan atas anda.

SEKIAN,

Monday

Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

I believe a lot of you girls and guys searching around

where to grab for Hello Kitty products in Malaysia for a really

long time…

And today…

Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!

They are selling for Hello Kitty products through online!

Currently they’re having Hello Kitty Lucky Draw, and you can

have have a chance to win for “Hello Kitty Energy Necklace”

(Value: RM207 each).

If you don’t believe me check it out for yourself here,

while it’s still available:

==> http://www.hellokittymalaysia.com

This special Hello Kitty Lucky Draw is valid for a limited time

only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,

and go to the Hello Kitty Malaysia website and get a chance to

win now:

==> http://www.hellokittymalaysia.com

If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.

Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.

I DID tell you it’s a limited offer :)


Join Lucky Draw Now


T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY

Di mulakan dgn bismillah ..


SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::





Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013