nuffnang

CLICK HERE & JOIN DEAR :)

snow

Friday

Biodata hero & heroin Ariana Rose ( Nur Fathia & Keith Foo )

Di mulakan dgn bismillah





SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::

Sipnosis Ariana Rose



Ada yang masih tak kenal dengan hero dan heroin Ariana rose ? Okayy, lets scroll down :)





Biodata Profil Nur Fathia



Nama penuh: Nur Fathia bt Abdul Latiff
Nama Komersial : Fathia
Tarikh Lahir: 1 September 1987
Umur : 27 tahun (2014)
Asal: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Lulusan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UiTM
Kerjaya: Model dan pelakon
Facebook : https://www.facebook.com/tiyaalatiff (Fan page)
Twitter : https://twitter.com/fatiyalatiff
Instgram : http://web.stagram.com/n/fatiyalatiff/
Drama dan telefilem : Diandra (TV3), Stanza Cinta, Hani, Joe & Faridah, Nur Kasih,
Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut
Iklan : Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua dan Panasonic.
Filem: Al-Hijab, Nasi Lemak 2.0, Darah Panas


Biodata Keith Foo Pelakon Drama Ariana Rose



Nama Penuh: Keith Foo
Tarikh Lahir : 06 Januari 1983
Umur: 31 Tahun (2014)
Asal : Gemas, Negeri Sembilan
Pekerjaan Sampingan: Model dan Pelakon
Profil Rasmi Instagram: Keithfoo
Profil Rasmi Twitter: https://twitter.com/keithfoo83
Lakonan: Love You Mr.Arrogant (slot Akasia TV3) & Jodoh Itu Milik Kita (Mustika Astro)


Monday

Jom daftar WHOHAA !!

Di mulakan dgn bismillah





SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::





Pernah dengar Whohaa.com? Mesti ramai ada yang dah tahu atau ada yang belum tahu apa itu whohaa? Kepada yang tak tahu tuu, meh sini aku nak citer. Kalau sesiapa yang sudah join 8share, dan yang sewaktu dengannya, Whoohaa.com ni lebih kurang macam 8share la cuma bezanya 8share kita share iklan and dapat 20sen setiap kali orang klik iklan kita tapi Whohaa.com kita buka iklan and jawab soalan and kalau betul dapat point. Point tersebut kita kumpul and boleh tebus hadiah.



Macam mana whohaa ni berfungsi ?




Contoh soalan yang kena jawab
Jawapan semua ada pada iklan
(Kalau visit sponsor link pun boleh earn point)
Sangat mudah nak dapatkan point.





Apa yang menariknya ?
Dan apa faedah yang kita boleh dapat lepas kita jawab semua soalan ni ?



Menarik bukan ? Free jea dapat dengan hanya menjawab soalan-soalan yang mudah jea.

Takkan nak lepaskan jea? Peluang dah ada depan mata. Apa tunggu lagi ? Jom join Whohaa sekarang jugak!
KLIK SINI

Saturday

Sipnopsis Ariana Rose Drama Adaptasi novel terbaru di Akasia

Di mulakan dgn bismillah





SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::



Novel ‘THE WEDDING BREAKER’ diadaptasi ke drama. Tajuk drama ditukar ke ‘ARIANA ROSE’. Bakal ditayang di slot Akasia TV3 pada 30/12/2013. Pelakon utama: Ketih Foo (Tengku Adam Kamil) & Nur Fathia (Ariana Rose)



Para pelakon drama Ariana Rose - Slot Akasia TV3 :

Keith Foo - Datuk Wira Tengku Adam Kamil
Nur Fathia - Ariana Rose
Hisyam Hamid - Harith
Arja Lee - Ramzul
Nabila Huda - Liyana
Syatilla Melvin - Sophie
Tasha Shilla - Tengku Juwita
Ziela Jalil - Datin Asra
Jalaluddin Hassan - Datuk Wan Jusoh
Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Mukhriz
Liza Abdullah - Puan Sri Lisdania
Dayana Amerda - Amalina
Atikah Suhaime - Tasha
Anne Abdullah - Mak tiri Ariana
Jasmin Hamid - Tengku Marsela
Rahim Omar - Tengku Sudin
Wan Sharmila - Linda




Sinopsis novel:

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.


“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil




Sipnosis Drama:

ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.

Pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.

Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.

Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.

Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.

Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Ariana akur dengan pilihan orang tuanya atau dia sebenarnya mula menyimpan perasaan pada Tengku Adam yang sudah berubah menjadi lebih baik?

Segalanya bakal terjawab dalam ARIANA ROSE yang akan disiarkan mulai 30 Disember 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam di TV3. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang Ariana Rose, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.




PUTERI AWANI, SYASYA SOLERO & AMAR di Carta Hits Gegar

Di mulakan dgn bismillah





SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::

PROMOTE

PUTERI AWANI, SYASYA SOLERO & AMAR di carta Hits Gegar
Siapa yang tak kenal dengan pengaruh di youtube yang popular ni ? Mesti ramai yang kenal kann ? Haa, dah macam artis dah diorang ni sekarang.
Nama yang sering didengari di media sosial sekarang ni. Masing-masing popular dengan video masing-masing. Puteri Awani popular dengan video Couple Seminggu, Syasya Solero pula video macam cantik macam comel. Amar pula Video nasyid macam cantik macam comel.
Kepada yang tak tahu siapa diorang ni, pandai-pandai la google yea :)



Jom dengarkan Awani, Syasya dan Abg Amar di THRfm pada sabtu 4/1 pukul 10am - 12.30pm dan siaran ulangan pada 10pm - 12.30am
Saluran 99.3mhz