nuffnang

CLICK HERE & JOIN DEAR :)

snow

Wednesday

My Favourite Korean drama

Assalamualaikum & Hye! 


Okay since sekarang musim cuti sekolah.. mesti yang tengah bosan tak tahu nak buat apa kann? Meh sini nak suggestkan a few Kdrama yg best untuk korang tengok.. Act aku bukanlah minat sgt KPOP ni.. tapi klu bab drama aku boleh terima lagi.. Tak minat Kpop pun tapi minat Running Man sangat2! boleh dikatakan semua episod RM aku tengok kodd? tapi since nak SPM aku pun dah stop tengok dan pasal berita Jihyo dengan JongKook pun nak keluar lepas Gary aku tak rasa RM akan seBest dan sekelakar dahulu dan rasanya aku pun akan stop tengok RM *cedih kod!* huhu! kalau tanya pasal artis Korea kat aku pun bukan tahu sangat pun selain ahli RM kehkehkeh. 

Berbalik kepada Kdrama yg aku nak suggestkan ke korang, ni antara yg aku rasa tak menyesal la kalau korang tengok.. Favourite! sebab cerita korea ni je yang aku penah layan sepanjang hidup aku kahkahkah! sedih en? tak sampai soploh drama pun haa... Disebabkan tu aku akan pastikan yg aku tak akan menyesal tengok dan korang pun hehe.. Yang pasti cerita ni fun dan tak bosan macam genre romantik komedi ke. Kat bawah ni aku sertakan sekali dengan sinopsis ringkas bagi setiap drama ok..  Enjoy! 



TO THE BEAUTIFUL YOU

 

My first Kdrama everrrrrr... hahaha yess! ni kdrama yg memula aku tengok. waktu ni aku form2 *2012* kodd haha! 

 Sinopsis ringkas: 
Goo Jae-hee (Choi Jin-ri) adalah seorang gadis Korea yang tinggal di Amerika Syarikat tertarik kepada salah seorang ahli sukan lompat tinggi, Kang Tae-joon (Choi Minho). Dia mula meminati atlet muda ini dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpindah ke Korea untuk memasuki ke sekolah yang sama dengan Tae-joon. Bagaimanapun: Tae-joon bersekolah di sekolah semua lelaki. Oleh itu, Jae-hee memotong rambutnnya dan memakai pakaian lelaki untuk menyamar dan menyembunyikan dirinya sebagai seorang perempuan untuk memasuki ke sekolah tersebut.




MASTER SUN

 

Sinopsis ringkas: 
Beberapa tahun lalu Kong-Sil (Kong Hyo-Jin) telah terlibat dalam kemalangan. Sejak kejadian itu, Kong-Sil mampu untuk melihat dan mendengar hantu. Dia juga terkejut melihat hantu yang sentiasa muncul di sekelilingnya. Oleh kerana itu, dia tidak dapat menjalani kehidupan yang normal. Joong-Won berfikir bahawa dia mungkin gila,  Beliau mendapati bahawa setiap kali dia menyentuh dia dan hantu di sekelilingnya hilang. 




THE BIRTH OF BEAUTY

 

Sinopsis ringkas: 
Berat badan berlebihan, baik hati Sa Geum-ran (Ha Jae-sook) berkahwin dengan suaminya Lee Kang-joon (Jung Gyu-woon) yang telah menghabiskan tujuh tahun yang lalu di Amerika Syarikat beliau untuk perniagaan, Geum-ran mendapat tahu bahawa Kang-joon telah kembali ke rumah tanpa memberitahu beliau, bukan itu sahaja tetapi telah mempunyai hubungan sulit dengan  Gyo Chae-yeon (Wang Ji-hye), Geum-ran  dia kemudian telah dilanggar oleh sebuah kereta dan terhempas dari tebing dan semua orang menganggap bahawa Geum-ran telah mati. Untuk membalas dendam terhadap mereka yang telah dianiaya dan mengkhianati beliau, Geum-ran menemui Han Tae-hee (Joo Sang-wook), yang dia fikir adalah pakar bedah plastik untuk mengubah dia. Selepas penurunan berat badan dan pembedahan, Geum-ran muncul  sebagai seorang wanita yang cantik dan menarik dan dia mula memanggil dirinya dengan nama yang baru Sara (Han Ye-seul),



OH MY VENUS

 

Sinopsis ringkas: 
Kim Young-ho, juga dikenali sebagai John Kim, adalah pelatih peribadi kepada bintang Hollywood, kerana rasa takut akan ayah dan belas kasihannya untuk neneknya dia melarikan diri kembali ke Korea. Kang Joo-Eun pula pernah menjadi kegilaan ramai pada zaman remajanya kerana terkenal dengan memiliki wajah yang cantik dan dicemburui oleh rakan-rakannya. Sekarang dia seorang peguam berusia 33 tahun dan memiliki berat badan yang berlebihan. Setelah dibuang oleh teman lelakinya, Im Woo Shik, Kang Joo Eun mengugut dan meyakinkan John Kim untuk membantu beliau menurunkan berat badan. 




THE LEGEND OF THE BLUE SEA

   

Sinopsis ringkas: 
 Bagaimana seorang duyung dari era Joseon boleh hidup di zaman moden Seoul? Shim Chung adalah ikan duyung yang mendapati dirinya dilahirkan ke zaman moden. Dia ditangkap oleh Heo Joon Jae, anak seorang bangsawan dari Dinasti Joseon. Tetapi pada masa kini, Joon Jae bekerja dengan Jo Nam Doo, yang mahir memberi petunjuk dan Joon Jae merupakan seorang scammer dan Cha Shi Ah sebagai seorang penyelidik di KAIST, mungkin satu-satunya harapan Shim Chung untuk menyiasat yang masih hidup dalam dunia yang pelik barunya. 



 GOBLIN


   


Sinopsis ringkas: 
Kim Shin (Goblin), Kim Shin telah menunggu 900 tahun untuk pengantin manusia bagi menamatkan kehidupannya di dunia. Pada suatu malam, dia menyelamatkan wanita hamil (Park Hee-Von) yang ditakdirkan untuk mati. Sementara itu, malaikat maut (Lee Dong-Wook) tidak dapat mencari wanita hamil yang mati. Wanita itu melahirkan seorang bayi perempuan bernama Ji Eun-Tak (kemudian dimainkan oleh Kim Go-Eun). Ji Eun-Tak adalah seorang pelajar sekolah tinggi dan dia boleh melihat hantu dan mendengar bisikan mereka. Pada hari jadinya, Ji Eun-Tak duduk di tepi laut sambil meniup kek hari jadinya itu dan tiba-tiba Kim Shin muncul di hadapan beliau. Kim Shin tidak tahu mengapa, tetapi dia boleh mendengar suaranya dan muncul di hadapan beliau setiap kali dia meniup api.

Dua drama kat atas ni memang tengah hot sekarang and so far so good memandangkan citer ni pun belum habis tayang lagi so aku tak boleh komen banyak2 huhu..   

Macam aku cakap aku takdelah gemar sangat nak tengok Kdrama ni but once bila aku dah tengok dan citer tu best gilerr aku memang takkan stop! kalau boleh satu hari tu memang aku akan habiskan jugak the whole episod! Haa ni pun salah satu sebab kenapa aku tak nak tengok cite Korea sebab memang satu kije pun takkan jalan bila aku dah layan satu2 citer tu. harhar! Kalau malas sangat nak google tengok je kat youtube ok?
Ok tu jelah kodd untuk kalini.. korang yang mana memang kaki Kdrama tu jangan lupa tengok tau! 

P/s: Sape dah pernah tengok semua citer kat atas ni? *angkat tangan* Best tak? ada citer yang lagi best? Tinggalkan komen korang ok? 


xoxo,
AnisAtyra

Tuesday

5VT In memories..

Assalamualaikum & Hye!



Terasa macam lama sangat tak menulis dekat blog since tahun ni memang sibuk sangat sangat dengan SPM.

Alhamdulillah! sujud syukur! semalam 5.12 (isnin) dah berakhir dengan paper ICT dan secara tak langsung sebagai seorang pelajar sekolah. So harini bangun-bangun dari tidur aje terasa macam pelik sebab selalunya sebelum ni boleh dikatakan tiap-tiap hari pegi kelas. Macam tak percaya wehh bila dah habis sekolah.  Kejap je rasa haa tuptup dah habis sekolah..Rasa seronok pun ada sedih pun ada huhu..


Sebelum SPM haritu dalam kepala ni ada macam2 plan nak buat apa lepasni.. kononnya nak gunakan masa yg ada ni dengan benda yg berfaedah la.. tapi bila dah habis taktahu pulak nak buat apa.. haha.. nak cari pengalaman bekerja sementara nak tunggu result ni kann.. Haa yg ni serius macam tak percaya! hahaha! tak habis2 cakap dekat mak yg badan org ni kecik cam budak sekolah rendah so orang takkan ambik kerja hahaha! InsyaAllah dalam perancangan, tapi bukan dalam bulan ni..

Entri kali ni maybe nak cerita sikit pasal classmates ni sepanjang tahun ni kod? Dengan tujuan nanti kalau rindu boleh baca utk diri sendiri hehe.

Bila throwback cerita waktu mula2 f4 nak pilih kelas lagi lawak... Haihh.. Memula tu aku dapat kelas Akaun.. tapi 2 bulan ajee. lepastu rombak kelas dan aku ditukarkan ke kelas VT.. Tak sangka dengan kenangan yg bermula dengan classmates ni.. sangat best okayy!!

 Ok ni pelajar putera puteri 5VT BATCH 99


 
barisan atas dari kanan; syafiq, farhan g. bad rashid, bad taib, hasnan, caap, acap, farhan yusop, aiman
barisan kedua dari kanan: anis atira, aida, wawa, syaima, farah, izzah, malissa, syima, atiqah. nabila, syafiqah, fariha. haziqah
barisan ketiga(duduk): athirah. yana. raihan. farahin. azra. cikgu azuana (guru kelas) alip. syazwani. wane.aliah. anis syafinaz

ni haa keadaan kelas 5vt *kelas eko*
 

Bacaan Yassin pagi Jumaat *kelas sejarah*


PSS


Mini theater
 


waktu berbuka puasa *sory kualiti gambar tak elok*


Kelas PD




Cikgu Jun *cikgu bm*




Cikgu Harlina *cikgu sejarah*



cikgu Shaadah *cikgu sains*


Cikgu ayu lanje coconut shake


  Jamuan kelas (4.12 ahad)
   


Nak cerita pasal jamuan kelas.. Last minute planning.. esok nak buat malam ni baru confirm dgn kedai.. mahu tak rushing, dengan esok tu paper last ict.. so disebabkan tu ramai cikgu yang tak dapat hadir.. yang ada pun *gambr pertama* ustzh Nisha *duduk belah kanan*  dgn cikgu azuana je.. *tudung merah buat peace*

Ohh Ohhhhh dan yg paling best tahun ni.... Kelas kitaorang masuk TV!!! Wohooo! Adela intrepremm sikit dalam Trek Selebriti program Astro waktu episod Syatilla Melvin datang melawat bekas sekolahnye pun.. yezza dulu Syatilla Melvin sekolah dekat sini.. Tu pun sebab Syatilla ada masuk kelas kitaorang ckp hyehyebyebye sikit. hehe.. Sape tengok?! Takde gambar nak tunjuk sebab dah google episod tu tapi tak jumpa tskk tskk!

So ini je la yg dapat share. Kalau nak share semua mmg tak lah yee memandangkan gambar banyak gila! So utk tatapan diri sendiri jela.. **Gambar mmg ambil direct dari fon.. tak edit lgsg kat laptop**

Terus terang cakap ni classmates yang paling best namatey! bukan nak reka cerita ataupun nak sedapkan hati.. tapi Semua cikgu kami yg mengajar kelas kami pun cakap benda yang sama. Tak bosan bila mengajar, yang selalu semangat, yang selalu bising, yang selalu buat lucu hahaha *taktiputau!*

Ni gambar lepas keluar dewan lepas jawab paper ICT..




Ni scene kena sembuq ayaq! Hahahaha!



Congrats geng! sebab dah berjaya jawab 9 subjek dengan jayanya!

Harap tahun depan ramai antara classmates kelas kita dapat naik pentas sama2 ambik result yg cemerlang! Amin!

Last but not least, Terima kasih SMKPBG untuk 5 tahun penuh makna! Yang banyak mengajar erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah.. *Teringat waktu mula2 nak pilih sekolah menengah dulu, aku paling taknak masuk sekolah ni hahaha!*

**Harap tak ada antara pembaca ni terdiri dari budak kelas 5vt hahaha**

Ok yang itu aje kott yang nak share dgn korang! Bye!

xoxo,
AnisAtyra