nuffnang

CLICK HERE & JOIN DEAR :)

snow

Monday

RUNNING MAN GUESS WHO

Di mulakan dgn bismillah


SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::

Siapa kat sini peminat Running man?

Okayy, siapa yang minat tu **seppp!** sikitt! Kita geng!!

Alrite, apa kata kita try satu game ni.

Gambar ni saya dapat dari FB dan tapi...

saya pun tak dapat teka milik siapakah mata-mata di bawah. HAHA
Korang peminat setia Running Man? Buktikan ke-fanatikan korang dengan hanya meneka pemilik gambar-gambar mata di bawah. Ecehh



**Ini bukan contest ke apa ye. Saya buat hanya untuk suka-suka aje**

Okayy. Good luck!

Saturday

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)




Awesome Giveaway part 2 by FatinDiana

Di mulakan dgn bismillah


SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::



Tarikh tamat: 9 May 14

Sunday

Short entry..

Di mulakan dgn bismillah


SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::


Blog mungkin akan sunyi buat seketika..



Till we meet again :) Daaa~

Wednesday

Tutorial Tudung Bawal YunaBella

Di mulakan dgn bismillah


SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::

Tudung bawal gaya mawar fizo omar



Tutorial versi gambar
Tutorial versi video part 1
Tutorial versi video part 2

Credit to YunaBella

:::::::::::::::::::::::::::::::

Tutorial bergambar



1. luruskan hujung tudung
2.rapikan tudung
3.buat lipatan mula dr bawah
4.buat 5 lipatan baru nampak kedutnye
5.pinkan dekat lipatan
6.hujung tudung mcm dlm pic tu
7.luruskan hujung tudung
8.lipat hujung tudung
9.rapikan lipatan
10.pinkan
11.selepas pinkan tudung seperti dlm pic
12.tarik hujung bulatan
13 . rapi kan & luruskan utk dptkn bentuk bulat
14.pinkan dibelakang tudung
Done!!!


Photo credit to Facebook
Bukan setakat cantik je, cara pemakaiannya juga mudah & ringkas! Labuhnya juga boleh ikut pada kemahuan masing-masing. Yang penting murahh! Tak payah keluar duit banyak pun. hihi :)

Sinopsis Drama Adaptasi Novel Slot Akasia TV3 Aku Isterinya / Aku bukan Mistress

Di mulakan dgn bismillah


SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::

Drama Adaptasi Novel Slot Akasia TV3 Aku Isterinya / Aku bukan Mistress



Aku Isterinya merupakan tajuk awal drama adaptasi daripada Novel Aku Bukan Mistres sebelum ditukar kembali kepada nama asal novel terbsebut. Drama ini akan bersiaran di slot Akasia TV3 mulai 2 April 2014. Kisah percintaan ini pastinya ditunggu peminat novel dan juga penonton setia slot Akasia. Pelakon utama drama ini ialah Izzue Islam dan Anzalna Nasir hasil arahan Fairuz Loy. Drama ini akan bersiaran selepas berakhirnya drama Jika Itu Takdirku di Slot Akasia. Jangan lupakan nantikan Drama Aku Bukan Mistres setiap Isnin hingga Khamis di TV3.

*Tajuk awal drama ini 'Aku Isterinya' digunakan semula kerana tajuk novel 'Aku Bukan Mistress' tidak dibenarkan kerana penggunaan bahasa campur.

TAJUK : Aku Isterinya
TARIKH : 2 April 2014
EPISOD : 28 episod
SIARAN : ISNIN hingga KHAMIS, Slot AKASIA di TV3
MASA : 7pm - 8pm
PENGARAH : Fairuz Loy
PENULIS NOVEL : Acik Lana
TERBITAN : Global Station
PELAKON : Izzue Islam, Anzalna Nasir, Syazwan Zulkifli, Eizlan Yusof, Marissa Jasmin, Mardiana Alwi, Siti Elizad, Shakilla Khoriri, Mohd Fazren, Syatilla Melvin





WATAK PELAKON:
Mikail - Izzue Islam
Mya Arlissa - Anzalna Nasir
Adam - Syazwan Zulkifli
Lisa - Elizad Sharifuddin
Datuk Luthfi - Eizlan Yusof
Datin Adiba - Marissa Jasmin
Mardiana Alwi

LAGU TEMA OST : Sebuah Maksud
ARTIS : Sixth Sense


Sipnopsis Drama Aku Isterinya

Drama Aku Isterinya mengisahkan Mya Arlissa dirogol bapa saudaranya dan dijual kepada seorang lelaki yang menjalankan kegiatan pelacuran. Wanita itu diselamatkan seorang lelaki bernama Mikail yang menebus Mya daripada tauke sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Mereka hidup bersama selama dua tahun dan suatu hari Adam mengambil kesempatan ketika Mikail mabuk untuk merogol Mya. Sejak kejadian itu, Mya mula mencari arah hidupnya kerana menyedari dia tidak layak meletak sebarang harapan terhadap Mikail yang menganggapnya sebagai pelacur.

Pada masa sama, Mikail masih dihantui perbuatan kekasihnya, Lisa berkahwin dengan bapanya sehingga menyebabkan keluarga dia berpecah belah. Sementara itu, bekas kekasih Mikail, Suzanne kembali mengganggu hidupnya dan sentiasa menghasut ibu lelaki itu supaya benci Mya.
________________________________________________

Sipnopsis novel Aku Bukan Mistress 



Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?