nuffnang

CLICK HERE & JOIN DEAR :)

snow

Saturday

HARGAI SEORANG IBU


-Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita.Cara kita
ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

-Apabila berusia 2 tahun,ibu mengajar kita bermain.Kita ucapkan terima kasih
dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.

-Menjelang usia kita 3 tahun,ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih
sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

-Ketika berusia 4 tahun,ibu membelikan sekotak pensil warna.Kita ucapkan
terima kasih dengan menconteng dinding.

-Berusia 5 tahun,ibu membelikan kita sepasang pakaian baru.Kita ucapkan
terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

-Setelah berusia 6 tahun,ibu memimpin tangan kita ke sekolah.Kita ucapkan
terima kasih dengan menjerit;Tak nak ! tak nak!

-Apabila kita berusia 7 tahun,ibu belikan sebiji bola,kita ucapkan terima
kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.

-Menjelang usia 8 tahun,ibu belikan aiskrim.Kita ucapkan terima kasih dengan
mengotorkan pakaian ibu.

-Ketika berusia 9 tahun,ibu menghantar kita ke sekolah.Kita ucapkan terima
kasih dengan ponteng kelas.

-Berusia 10 tahun,ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita ke mana
sahaja.Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

-Apabila berusia 12 tahun,ibu menyuruh kita membuat kerja
sekolah.Kitaucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

-Menjelang usia 13 tahun,ibu suruh pakai pakaian menutup aurat,Kita ucapkan
terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.

-Ketika berusia 14 tahun,ibu terpaksa mengikat perut membayar wang
asrama,kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun
kepadanya.

-Berusia 15 tahun,ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan,kita ucapkan
terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

-Menjelang usia 18 tahun,ibu menangis gembira bila kita diterima masuk ke
IPTA.Kita ucapka terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

-Ketika berusia 19 tahun.ibu bersusah payah membayar yuran pengajian,hantar
ke kampus dan heret beg ke asrama.Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar
asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

-Berusia 20 tahun,ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,kita kata
"itu bukan urusan ibu"

-Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya,
kita kata,"saya tak mahu jadi seperti ibu"

-Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan kita perabot untuk rumah bujang
kita ,kita kata pilihan ibu tidak cantik,tak berkenan di hati kita.

-Menjelang usia 24 tahun,ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai
rancangan masa depan.Kita menjeling dan merungut,"ibu,tolonglah.......!"

-Ketika berusia 25 tahun,ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan
perkahwinan kita.Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.

-Pada usia 30 tahun ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai
penjagaan bayi,kita megah berkata,itu dulu,sekarang zaman moden.

-Ketika berusia 40 tahun,ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di
kampung, kita kata sibuk,tak ada masa nak balik.

-Apabila berusia 50 tahun,ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya,kita
bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada
anak-anak.

-Dan kemudian,kita mendapat berita kematian ibu.Khabar itu bagai
petir.Dalamlelehan air mata,barulah segala perbuatan kita terhadap ibu
menerpa satu
persatu....... :cry:

*menjadi sikap manusia menyedari akan kepentingan sesuatu apabila benda itu
tiada lagi dengan kita,apabila kita telah kita telah
kehilangannya. sedarlah sebelum terlambat.

No comments: