nuffnang

CLICK HERE & JOIN DEAR :)

snow

Wednesday

WANITA BERTUDUNG BONGGOL UNTA

SALAM . SELAMAT PETANG WARGA BLOGGER .
UWHH YEAHH , hari nk cteh menda nye , tadak menda nk post la ..
jum kongsi benda nie sesama .. jum bace :)



Akhir-akhir ini kita lihat ramai wanita yang bertudung dan menutup aurat. Alhamdulilah! sebab banyak yang sudah tahu menutup aurat. Tapi penulis agak "confuse" juga dengan fesyen terkini yang katanya mengikut pemakaian tudung dari wanita di negara timur tengah. Betul ke?

Lagak dan gaya wanita yang memakai tudung bonggol unta kebanyakan nampak anggun sedikit canggih dari wanita yang bertudung biasa. Nak ditanya apakah fesyen ini pada wanita itu takut dituduh "busybody" pula.

Tapi apa yang pelik dan menghairankan adalah cara mereka memakainya. Adakah cara tersebut di terima atau tidak di dalam Islam? Terdapat beberapa cara pemakaian tudung yang salah di kalangan wanita Islam Malaysia. Pertamanya ialah gaya menyerupai bonggol unta. Gaya ini salah sebenarnya dan ianya di haramkan oleh Islam.

Rasulullah SAW bersabda:


“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” Hadith riwayat Muslim.


Kepada wanita melayu islam. Eloklah kembali cara pemakaian tudung yang betul mulai sekarang sekiranya tidak mahu termasuk dalam golongan ahli-ahli neraka. Kepada suami dan bapa, sila nasihatkan isteri dan anak-anak dara anda jika berfesyen macam ni. Yang tidak bertudung pula hadiahkan sepasang tudung buat mereka.



wassalam :)

No comments: