nuffnang

CLICK HERE & JOIN DEAR :)

snow

Sunday

Demam Adaptasi Novel!

Di mulakan dgn bismillah





SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::

ADAPTASI novel ke layar perak (filem) atau kaca televisyen (drama) bukan lagi fenomena baru dalam industri tempatan.

Gaya kerja adaptasi ini sudah mula dipraktikkan sejak 1958, menerusi karya Harun Aminurashid, Cinta Gadis Rimba (Virgin of Borneo).

Bermula dari percaturan itu, lapan karya adaptasi novel ke filem mula diperkenalkan sehingga tahun 2007.

Ianya termasuk Rumah Itu Duniaku (1964) karya Hamzah Hussein, Bukan Salah Ibu Mengandung (1969) judul asal Memang Nasib Celaka Badan, Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1971) (Harun Hassan), Langit Petang (1982) (A Samad Said), Ranjau Sepanjang Jalan (1983) (Shahnon Ahmad), Mira Edora (1990) (Khadijah Hashim), Black Widow Wajah Ayu (1994) (Raja Azmi) dan Jogho (1997) (S Othman Kelantan).

Dalam tempoh itu, mungkin konsep ini dilihat tidak terlalu agresif jika dibandingkan dengan senario kini.

Baik di layar perak mahupun kaca televisyen, rata-rata daripadanya memilih karya daripada novel.

Kembali membuka lembaran adaptasi pada 2010, filem arahan, Sharad Sharan menerusi karya nukilan, Ahadiat Akashah, Lagenda Budak Setan, ini berjaya mengangkat kisah cinta antara Kasyah dan Ayu.

Malah, kejayaan filem ini dibuktikan dengan catatan kutipan sehingga RM4.3 juta sepanjang tempoh tayangan.

Paling berjaya, percaturan pengarah, Osman Ali dalam menjayakan novel nukilan, Fauziah Ashaari, Ombak Rindu, ke bentuk layar perak berjaya menempatkan filem ini sebagai filem box office dan mengutip hampir RM11 juta.

Selain itu, filem hebat gandingan Aaron Aziz dan Maya Karin ini turut diberi pengiktirafan oleh Astro menerusi Anugerah Blockbuster dalam kategori Anugerah Astro First Terhebat.

Menjadikan Ombak Rindu sebagai pembakar semangat, ramai dalam kalangan produksi mula berhempas pulas memilih karya hebat untuk dijadikan bahan adaptasi.

Tidak kira dalam bentuk filem mahupun drama, karya yang diterjemahkan mampu menarik minat sang pencinta novel dan penonton.

Antara karya yang dipilih untuk diangkat sebagai drama bersiri termasuk Adam dan Hawa, Setia Hujung Nyawa, Bicara Hati, Sehangat Asmara, Gemersik Kalbu, Jauh, Jendela Hati, Trilogi Cinta, Kasih Yang Suci, Tangisan Bulan Madu, Teduhan Kasih dan Stanza Cinta.

Tidak terhenti di situ, kebanyakan karya yang menghiasi televisyen lebih kepada adaptasi novel termasuklah drama bersiri, Kampung Girl, Jodoh Itu Milik Kita dan Love You Mr Arrogant.

Mencipta rating dan peminat tersendiri, ramai di kalangan pengarah dan penerbit mula tertarik dengan konsep ini dan ia terbukti dengan beberapa novel yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Antaranya termasuk Suami Aku Ustaz, Suami Yang Ku Benci, Manisnya Cinta, Perempuan Lindungan Kaabah, Lelaki Eksklusif, Projek Memikat Suami, One Day You'll Be Mine, Suamiku Encik Perfect 10 dan The Wedding Breaker.

Manakala, novel Buku Prima yang bakal diadaptasi seperti Dulu Benci Sekarang Suka, Aku Benci Kau, Saya Tetap Nak Awak, Ops! Zulaikha, I Love You Cikgu, Pengantin Express, Pudina Cinta, Kata Tak Rindu, Dia Tunang Aku, Suamiku Encik Sotong.

Sehingga kini, karya terbitan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, yang telah dipilih syarikat produksi untuk diangkat sebagai filem mahupun drama adalah sebanyak 92 naskhah.


Sumber: www.sinarharian.com.my

No comments: