nuffnang

CLICK HERE & JOIN DEAR :)

snow

Tuesday

DICINTAI ATAU MENCINTAI - Myra Ameer

Di mulakan dgn bismillah ..



SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::

Tajuk: Dicintai Atau Mencintai
Penulis: Myra Ameer
Penerbit: Karyaseni
Harga: RM32 (Semenanjung) // RM35 (Sabah & Sarawak)



Kata orang, cinta itu manis macam madu tapi baginya cinta itu lebih manis daripada itu… Kata orang, terluka itu pahit tapi baginya terluka itu perit…

Sengal, mental dan gila. Itu gelaran untuk lelaki yang bernama Mohd Zariq Asyraf. Bagi Qyra, pertemuan dengan lelaki itu sangat menjengkelkan dan menyampahnya kepada lelaki itu tidak terluah dengan kata. Perasaan itu semakin menjadi-jadi apabila mereka mula bekerjasama.

“I cakap dengan you tadi you tak dengar ke?” – Zariq

“You cakap dengan I ke?” – Qyra

“Ada orang lain lagi ke dalam kereta ni?” – Zariq

“Your driver tu bukan orang ke?” – Qyra

Bagi Zariq, gadis yang bernama Qyrana Najwa itu pula seorang yang perasan bagus. Perangai tak semenggah dengan rupa. Mulut pula ya ampun, bukan main berbisa apabila berbicara. Satu yang disoal tapi sepuluh yang dijawabnya. Kalau disuruh memilih, gadis seperti itu memang tidak akan tersenarai langsung sebagai calon pilihan. Titik!

Namun perancangan Allah, tiada siapa yang dapat menduga. Akhirnya dalam asyik bergaduh, rupa-rupanya ada sayang dalam hati masing-masing…

“Love you like crazy.” - Zariq

“Tak apa. You gilalah sorang-sorang, nanti I cari boy-friend lain.” – Qyra

Mohd Zahir Azmin, lelaki yang tak kurang kacaknya, merangkap adik Zariq rupa-rupanya terlebih dahulu menyimpan perasaan selama enam tahun kepada gadis yang sama. Malah, perkenalannya dengan Qyra lebih akrab berbanding Zariq sendiri. Kalau dengan Azmin, mahu tak berhenti dia berceloteh. Pasti ada saja cerita yang mereka bualkan. Sampaikan gosip pasal artis pun masuk sekali. Sudahlah tak reti diam, gelak pula mengalahkan langsuir.

Qyra terdiam tak terkata. Antara abang dan adik, siapa yang sepatutnya memiliki hatinya? Kalau Zariq menjadi pilihan, bagaimana pula dengan Azmin?

http://eemoticons.net

No comments: