SALAM SEMUA :)
BAHAN
• 15 biji cili kering**
• 2 biji bawang besar**
• 2 ulas bawang putih**
• 2 senduk gula pasir
• Secubit belacan (ikut kemahuan)
• Garam secukup rasa
• Sekeping asam gelugor
• 1 cawan kacang tanah *siap digoreng
• 1 cawan tempe * siap digoreng
• 1 cawan ikan bilis *siap digoreng
• Minyak untuk menumis
(** dikisar)
CARA-CARA
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Setelah garing, masukkan cili kering.
3. Masak sehingga kering.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan masak sehingga pekat.
5. Sejukkan sambal dan kemudian masukkan ikan bilis, tempe dan kacang tanah.
6. Sebatikan semua bahan di atas dan siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment