SALAM SEMUA :)
SAJAK ERTI HIDUP BERERTI TINGKATAN 5
MAKSUD RANGKAP
Rangkap 1: Penyajak berasa kesunyian kerana malam yang dilaluinya begitu sepi. Walau bagaimanapun, keadaan itu tetap tidak berubah pada keesokan harinya kerana tiada sesiapa yang dating untuk menziarahinya.
Rangkap 2: Keheningan tasik dan kehijauan rumput hanya sebagai bayangan lalu. Kini, cinta yang tersemai sejak di dalam Rahim telah dilupakan oleh anak-anaknya, iaitu daripada anak yang sulung hingga yang bongsu. Lantas, penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinya menderita sakit dan keseorangan.
Rangkap 3: Penyajak berasa bahawadirinya tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun demikian, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan supaya duka di hatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal selain tuhan.
TEMA
Kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua.
PERSOALAN
1. Kesunyian hidup yang dirasai oleh seorang tua.
2. Kasih sayang ibu kepada anak.
3. Pengorbanan ibu bapa kepada anaknya.
4. Harapan ibu bapa kepada anaknya.
5. Penderitaan ibu bapa yang diabaikan.
6. Nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anaknya.
7. Hidup dan mati ketentuan Tuhan.
GAYA BAHASA
1. Personafikasi: Malam sepi
Semoga disirami benih keinsafan
Menjadi penawar dalam hati
2. Simile: Bagai kalung
3. Sinkope:Yang melingkari leherku
Siapa yang akan datang menjengukku
Kucari erti hidup
Anakku bakaku
4. Anafora: Dari sulung ditendang ke bongsu
Dari angah ditendang ke sulung balik
Ada yang mati
Ada yang hidup
5. Metafora: Keheningan tasik
Kehijauan rumput
BENTUK SAJAK
1. Bebas dan tidak terikat
2. Terdiri daripada tiga rangkap
3. Bilangan baris: tidak sama,
rangkap 1: tujuh baris
rangkap 2: sepluh baris
rangkap 3: sebelas baris
4. Jumlah patah kata: tidak sama, iaitu anatar dua hingga enam patah perkataan dalam satu baris
5. Jumlah suku kata: empat hingga tiga belas suku kata
6. Rima akhir rangkap 1: aabcaca
rangkap 2: abccdeafgh
rangkap 3: aabacdefdgc
NILAI
1. Keinsafan
2. Kasih saying
3. Ketabahan
4. Bertanggungjawab
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan Tuhan sahaja yang kekal.
2. Ibu bapa mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan anak-anak mendapat berkat.
3. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa.
4. Ibu bapa hendaklah sentiasa bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya mereka memperolehi keredaan ibu bapa menerusi doa dan restu.
No comments:
Post a Comment